Saturday, January 8, 2011

Perbadanan Labuan





Ditubuhkan pada 1 julai 2001 di bawah Akta 609. Akta perbadanan Labuan 2001. Ia adalah hasil penggabungan dua agensi utama iaitu Lembaga Pembangunan Labuan dan Majlis Perbandaran Labuan.
VISI :-

Menjadikan W'P Labuan, sebuah pulau yang maju , indah dan ceria menjelang tahun 2015.

MISI :-

  • Memastikan pembangunan terancang.
  • Memastikan sosio ekonomi yang mampan.
  • Meninkatkan prasarana dan perkhidmatan yang berterusan.
  • Menjadikan Pulau Labuan taman perniagaan dan percutian yang unik serta memenuhi citarasa kedamaian, ketenangan, kemewahan dan penuh cabaran.
OBJEKTIF
Jabatan Pelaburan dan Sosio Ekonomi :-

  • Mengutamakan perniagaan.
  • Menyediakan kemudahan pemudahcara.
  • Mengurangkan Red- Tape
  • Memberikan kepuasan kepada pelabur / masyarakat.
  • Tingkatkan kepakaran.
  • Penglibatan komuniti dalam aktiviti ekonomi.
PIAGAM PELANGGAN

·         Kami berjanji untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan mesra serta melaksanakan program pembangunan yang berkualiti selaras dengan dasar pembangunan negara.

FUNGSI :-

  • Merancang  strategi, menyelaras  dan melaksanakan program-program pembangunan kampung.
  • Merancang strategi, menyelaras dan melaksanakan program-program kebajikan dan pembasmian kemiskinan.
  • Menyelaras dan melaksanakan projek pembangunan kampung di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
  • Menyelaras mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan dengan menteri.
  • Program Desa cemerlang dan Gerakan Desa Wawasan.
  • Penggalakan industri kampung dan aktiviti menjana ekonomi.
  • Penyediaan infrastruktur / projek pembangunan dan penyelenggaran di kampung.
  • Program Pembangunan Minda dan Peningkatan Kemahiran.
  • Merancang strategi, menyelaras dan melaksanakan program sosial W.P Labuan.
  • Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelabur sedia ada atau bakal pelabur.
  • Merancang dan melaksanakan perkara-perkara untuk menyediakan Labuan sebagai lokasi pelaburan yang kondusif.
  • Menyediakan maklumat-maklumat asas untuk rujukan para pelabur.
  • Mengadakan promosi pelaburan untuk Labuan, sama ada dalam bentuk lawatan-lawatan, pameran, seminar,expo perdagangan dan pelaburan.
  • Membuka peluang kemungkinan untuk mewujudkan usahasama dengan pelabur-pelabur bagi melaksanakan projek-projek yang menyokong status Labuan sebagai Destinasi Pelancongan, Pulau Bebas Cukai dan Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa.
  • Menyelaraskan rombongan perdagangan dan pelaburan daripada luar Labuan.
  • Mempromosikan perkembangan aktiviti dan produk industri tempatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Urusetia BIMP-EAGA Peringkat W'P Labuan.
UNIT PELABURAN :-

  • Memastikan ulasan bertulis disediakan ke atas pemohon lesen kilang daripada MIDA dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tempoh diterima.
  • Memastikan cadangan yang dikemukakan oleh pihak individu/syarikat akan diberi jawapan/maklum balas bertulis dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh diterima.
  • Memaklumkan pihak induvidu/syarikat mengenai cadagan misi perdagangan yang diadakan oleh Kementerian Perindustrian Perdagangan Antarabangsa serta lain-lain agensi dalam tempoh 3 hari daripada tarikh diterima.
  • Memastikan jawapan bertulis diadakan ke atas surat-surat pertanyaan yang dikemukakan dalam tempoh 3 hari daripada tarikh diterima.
  • Memastikan jawapan bertulis disediakan ke atas surat-surat pertanyaan yang dikemukakan dalam tempoh 3 hari daripada tarikh diterima.
UNIT SOSIO- EKONOMI :-

  • Memastikan permohonan yang dikemukakan akan mendapat jawapan/maklumbalas dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima.
  • Memastikan siasatan dibuat ke atas aduan/permasalahan dalam tempoh 3 hari daripada tarikh aduan diterima dan memaklumkan kedudukan secara rasmi kepada pengadu dalam tempoh 7 hari daripada tarikh siasatan dibuat.
  • Menyemak permohonan lesen pemaju perumahan dalam tempoh 14 hari daripada permohonan diterima dan mengemukakan permohonan untuk pertimbangan Kementerian Wilayah Persekutuan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh pengesahan dokumen adalah lengkap.


    No comments:

    Post a Comment